Tuesday, December 11, 2012

Bangunlah tatkala engkau jatuh




*picture from Tumblr.

Assalamualaikum bloggers,Alhamdulilah my blog has been reviewed by Sis Huda.Ada komen-komen positif and ada banyak lagi benda yg Yani patut buat untuk touch up blog Yani yg simple ni.Hehe,sememangnya Yani seorang yg simple tapi tak boleh la terlalu simple kan?Macam tu jugak dengan hidup.Hidup ni kalau simple takkan terasa manisnya.Ada orang cakap,kan best kalau tiada kesedihan dalam hidup ni.Ada jugak orang cakap,"kan best kalau kita jadi kanak-kanak selamanya tanpa mengenal erti cinta" & macam-macam lagi lah kalau-nya tu.Hehe,tapi Allah SWT dah sempurnakan hidup kita dengan perkara yg terlalu indah.Tatkala kita bersedih,kita rasa macam nak putus asa kan.Mesti kita akan kata,sebab apa orang lain boleh dapat tapi aku tak boleh,sebab apa orang lain boleh bahagia tapi aku tak boleh?
Semua tu Allah SWT dah rancang & Dia tahu apa yg terbaik untuk
kita.Dia bagi kesedihan untuk kita sebab dia nak kita hargai apa yg
kita ada.Dia bagi kita rasa kecewa sebab Dia tak nak kita kecewakan orang lain.Dia berikan kita kegagalan sebab Dia nak kita berusaha menggapai impian.Tengok,semua tu ada hikmahnya kan.Kita tak boleh sangka buruk dengan apa yg dah jadi tapi kita kena sentiasa bersangka baik dengan Dia sebab Dia dah rancang sebaik-baik perancangan untuk kita.Dia dah tetapkan seberapa banyak rezeki kita.
Tak ada orang yang berjaya tanpa kegagalan.Tak akan ada kemanisan tanpa suatu kepayahan.
Hidup Yani pun macam tu jugak.Dulu-dulu,Yani selalu main-main & tak pernah serius pun.Biasalah,nama pun budak-budak kan.Waktu exam UPSR,result Yani biasa-biasa ja.Yani kecewa sangat & Yani kata "sebab apa orang lain boleh dapat 5A tapi Yani?".Waktu tu Yani rasa macam dah gagal seumur hidup.Yani rasa macam semua orang kecewa dengan Yani.Kira macam dah hancur lebur lah hidup ni kononnya.Tapi sebenarnya semua tu hanya permulaan.Bila masuk Tingkatan 1,Yani cuma pergi sekolah
biasa-biasa ja.Semangat entah hilang ke mana.Tapi ada sesuatu yg buat Yani usaha lagi.Impossible is nothing.Kat mana pun kita,semua tu tak menentukan apa pun melainkan usaha.Kalau kita   sekolah biasa pun tak bermakna kita tak boleh berjaya.So Yani pun bertekad dah tak nak ulangi kegagalan yg dah jadi.Kononnya macam tak nak pisang berbuah dua kali la.Hehe,tahun lepas,Yani Form 3,PMR.Yani memang tak yakin mula-mula.Tapi Yani rasa macam mimpi bila dapat result.Alhamdulilah straight A's.Tapi kita kan tak boleh rasa kita dah pandai,mungkin tu hasil usaha kita,mungkin tu jugak ujian dari Allah SWT untuk tengok selama mana kita mampu berusaha.Pejam celik tahun depan Yani dah jadi  calon SPM pulak.Kejap ja kan masa berlalu?Semua ni tak terasa sebab waktu berlalu tanpa tunggu kita.Kita yg kena kejar waktu.So,result PMR tahun ni dah tak lama nak keluar kan?Untuk sesapa yg bakal dapat straight A's nanti Yani nak ucapkan congratulation okay! ^^ Tapi korang jangan pernah stop untuk terus kekalkan kejayaan tu tau.Paling penting jangan anggap Form
4 tu honeymoon year.Haaa,statement tu salah belaka. :P
Kalau nak honeymoon boleh tapi kena tanggung sakit la bila dah nak dekat SPM.Hihi,untuk sesapa yg tak dapat straight A's jangan pernah give up tau.Usaha lagi.SPM lebih penting.Kalau PMR tak dapat result elok still boleh naik form 4 kan?Tapi kalau SPM tak dapat result elok,kena duduk rumah basuh pinggan ja la nanti.Hehe,joke.So goodluck okay!All the best from me.
Lots of LOVE,
NIA'S.





No comments:

Post a Comment