Friday, November 23, 2012

Layakkah kita menjadi penghuni syurga?

Assalamualaikum & hi.
Semua orang tahu sekarang ni kita dah sampai akhir zaman.Maknanya kiamat dah terlalu dekat dengan kita cuma hanya kita yg lalai dengan belaian duniawi.Yani pun mengaku,kadang-kadang lalai jugak.Tapi kita kena selalu muhasabah diri kita sebab hati kita mudah sangat goyah tambah-tambah hati seorang perempuan.Korang tahu tak ada seseorang yang sangat rindukan kita.Tak percaya?Cuba baca ni,

“Siapakah yang paling ajaib imannya?” tanya Rasulullah.

“Malaikat,” jawab sahabat.

“Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka senantiasa dekat dengan Allah?” jelas Rasulullah.

Para sahabat terdiam sejenak. Kemudian mereka berkata lagi, “Para nabi.”
“Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?”

“Mungkin kami,” ujar seorang sahabat.

“Bagaimana kalian tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kalian,” tukas Rasulullah menyanggah hujah jawaban sahabatnya itu.

“Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih mengetahui,” jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

“Kalian ingin tahu siapa mereka?
Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku,” jelas Rasulullah.

“Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka,” ucap Rasulullah lagi.


Sekarang percaya?Kita sedar tak betapa besar cinta Rasulullah SAW terhadap kita?Tapi macam mana pulak besarnya cinta  kita terhadap baginda?Berapa kali kita selawat setiap hari?Cuba fikir balik,ramai yang lebih agung-agungkan KPOP lah,itu lah ini lah.Tapi macam tu jugakkah kita agungkan baginda?Kita kasihi baginda?Tak salah untuk kita minat semua tu sebab tu pun salah satu fitrah manusia tapi perlukah sampai terlalu taksub?Ada yg sanggup habiskan beratus-ratus ringgit untuk dapatkan dosa.Tahu tak sebab apa yani kata macam tu?Sebab ada yang sanggup bazirkan duit semata-mata nak pergi konsert sana-sini.Lepas tu bila dah pergi,macam mana dengan solat?ada ka orang sambil tengok konsert BigBang sambil selawat?Kalau ada takpa lah.Lepas tu,semua tu pulak majlis yang bercampur kaum Adam & Hawa.Tu pun salah.Dah dosa dah kan?Lebih baik kita simpan duit beli tiket tu untuk pergi Mekah.Paling kurang pun simpan la untuk masa depan sebab kita tak tahu apa akan jadi esok kan?Semuanya mampu berubah sekelip mata.
Korang tau tak,Yani ada search kat Google kan,tak tau lah benda ni korang dah tau or belum ataupun Yani yg masih jahil sebab baru tau,tapi Yani tetap nak share.
Kita tahu kan syaitan takkan boleh menyerupai Rasulullah.So siapa yg bermimpi berjumpa baginda dengan jelas maka dia salah seorang calon penghuni syurga.SubhanAllah.Yani teringin sangat nak mimpi jumpa baginda tapi tu bukan perkara mudah & tak semua dapat mimpi baginda.Dengan diri Yani yg masih jahil & masih banyak dosa.Tapi manusia mampu berubah.Apa yg penting,semua yg kita buat mesti kena ikhlas okayy. :)
Kita umat Rasulullah SAW,nanti kat padang Masyhar,kita yg akan dihisab dulu.Kita pun tahu macam mana baginda sayangkan kita.Sampaikan baginda masih ingat akan umatnya walaupun dah sampai hujung nyawa.Baginda sanggup tanggung kesakitan semua umatnya apabila tibanya waktu untuk malaikat mencabut nyawa sebab baginda tak mahu kita rasakan semua tu tapi biar baginda yg rasa.Ya Allah,betapa mulianya Nabi Muhammad SAW.
Wahai rakan seperjuanganku,sedarlah betapa cintanya Rasulullah SAW terhadap kita.Janganlah kita kecewakan baginda.Semoga kita semua akan dapat syafaat baginda suatu ketika nanti.Amin Ya Rabb. :')

Layakkah kita menjadi penghuni syurga?


No comments:

Post a Comment