Monday, November 19, 2012

Be a good muslimah

Assalamualaikum world.
Yani kat KL sekarang,with Nadia comel(awks) and my lil sister.
Tak sure lagi bila nak balik Perlis.Today I am going to talk about how to be a good muslimah for you and also a reminder for me.Yani pun sedang berusaha menuju ke arah tersebut.Siapa cakap kalau pakai tudung tak boleh dress cantik-cantik?Siapa cakap kalau pakai tudung tu kolot?Kalau ada orang cakap macam tu,Yani nak kata "No,its absolutely wrong".Statement tu sangat salah.
Sebenarnya macam-macam kita boleh buat.Tak semestinya kalau pakai tudung asyik macam tu ja macam Mak Limah. #opps,sorry kalau ada orang nama Limah kat sini.Selingan semata-mata. :)
For those who wear a hijab,you can dress up yourself into many way but never forget to remind yourself about the aurat.
Apa yang Yani selalu nampak kat mana-mana tempat yg Yani pergi,ramai orang yg pakai tudung dah tutup dada comel-comel & ada yg siap pakai baju muslimah yang labuh tu tapi kaki masih jelas ternampak.Hukum dia sama ja macam tak tutup aurat yg lain.Bila yani tegur,ramai yg tak tahu kaki tu aurat.Ya,kaki seorang perempuan juga merupakan aurat dan berdosa andai dilihat oleh orang yg bukan muhrim.Masa Yani pergi kem hari tu,ada ustaz cakap,"bila seseorang perempuan itu tidak menutupi auratnya dengan sempurna,maka dia diibaratkan seperti telanjang".Tapi ramai orang salah faham dengan aurat.Orang selalu faham yang aurat tu hanya rambut.Sebab tu ada orang pakai tudung tapi masih pakai baju lengan pendek,ada yang pakai tudung semua elok tapi masih tak cukup labuh untuk cover dada,ada yang pakai tudung tapi  
pakai skinny sampai semua bentuk boleh nampak.Tu bukan tutup aurat tapi balut aurat.Yani mengaku sebenarnya Yani pun macam tu jugak dulu.Masing-masing ada kejahilannya.Tapi bila kita dah tahu,kita tak boleh biar macam tu ja kan.
Okay,untuk orang yang baru nak berjinak-jinak dengan tudung atau 
sesiapa yang nak tutup aurat dengan sempurna tapi tak tahu macam 
mana nak dress up,Yani ada sikit cara untuk korang(include me) untuk praktik.

1.Sekarang kan banyak baju yang murah & berkualiti kat kedai,korang boleh pakai top(bukan yang ketat) dengan apa-apa yang sesuai.For sure jangan pakai tops dengan jeans,skinny & yang seangkatan dengannya sebab banyak top yang tak cover bahagian atas lutut kita.So contoh,boleh pakai dengan seluar yang kaki kembang-kembang tu or boleh ja pakai dengan skirts.

2.Bila Yani survey,banyak kedai yang jual baju muslimah yang dah divariasikan.base dia memang longgar & cover semua tapi design sangat cantik &cute.Sesuai untuk teenagers macam kita. :)
Harga dia cuma dalam lingkungan RM45.Daripada habis duit top up  
baik simpan duit beli baju tu. :)

3.Tudung bawal.Korang perasan tak yang tudung bawal agak jarang?untuk apa kalau dah comel-comel letak pin sana-sini tapi masih nampak leher kita yang menggoda tu?salah jugak kan?So,sebelum pakai mana-mana tudung bawal,lebih baik korang pakai inner neck atau anak tudung ninja tu so boleh tutup leher kita.Then bila kita pakai tudung bawal,baru la tak nampak part-part yang tak sepatutnya.Macam mana nak pakai?Korang boleh tengok tutorial dekat Youtube.Banyak kan?tapi make sure korang hanya follow tutorial tudung yang cover your chest only okay?? :)

4.Stokin.Untuk stokin pulak korang boleh beli candy socks yang ada macam-macam warna tu.So boleh match dengan colour baju yang korang pakai.Murah ja tak mahal pun.Tapi lebih baik jangan beli stokin yang sama warna dengan kulit sebab itu maknanya sama macam tak pakai stokin. :)


Senang kan?tapi jangan lupa,bila semua dah terjaga tak bermakna kita dah jadi good muslimah.Walaupun semua dah tutup,tapi syaitan takkan pernah berhenti untuk sesatkan kita,so kita kena pandai jaga diri kita sendiri,jangan la bila semua aurat dah tertutup sempurna tapi mulut masih mengata orang sana-sini.Kan tak manis.Allah SWT pun tak suka.Kita jugak kena sabar.Jangan cepat marah-marah.Kan sabar itu separuh daripada iman. :)
So let us together try our best to be a good muslimah.
                                    
Lots of LOVE,
NIA'S.


biar tak cantik di mata manusia asalkan cantik di mata yang Esa.

No comments:

Post a Comment