Monday, September 17, 2012

Every scar tells a story


Assalamualaikum & hi.Long time no update maa.(update blog sambil makan lollipop). :D
Little bit busy this month,I have to prepare for the upcoming final examination.Not FINAL DESTINATION
okay. (:
Orang selalu cakap,bila umur kita semakin meningkat,jalan hidup kita semakin tak seronok.Tapi hakikatnya setiap kehidupan itu indah andai kita bersyukur dengannya.Tapi betul lah jugak.Zaman paling best & bahagia
mestilah zaman kanak-kanak kan?Dapat duit raya banyak,dapat main dengan kawan-kawan,bahagia sapanjang masa macam takda masalah.Lepas tu bila orang marah sikit merajuk,hentak-hentak kaki,masuk dalam bilik,bila lapar keluar bilik cari makan,terus hilang merajuk tu.Betul tak?Hehe.
Dalam hidup yani,zaman kanak-kanak laa paling ganas.Dulu orang selalu kata kat yani "jantan rupanya".
Tapi yani tak kisah pun masa tu.Abaikan ja apa orang kata.Dulu-dulu,yani suka merayau rata-rata.Pagi keluar,senja baru balik.Main masak-masak la,panjat pokok la,main lumba basikal la.Bola sepak pun yani main tau.Hehe,balik rumah ja mesti mama marah,lepas tu.Buat muka tak bersalah ja.Bukan nak sorry or apa
ka,terus duduk atas sofa tengok Doraemon dengan Shin Chan.Lepas tu kena marah lagi,baru la nak gelut-gelut pergi mandi.Hehe.
Rumah yani dekat dengan sawah padi.Waktu musim sawah padi tu jadi bertakung,yani dengan kawan-kawan yani suka pergi tangkap ketam kat sana.Curi-curi ambik tupperware dalam rumah,lepas tu tangkap ketam semua masukkan dalam tu.Bila dah kumpul-kumpul,baru letak dalam balang kuih raya,Yani dengan kawan-kawan yani lawan ketam sapa mati dulu dia menang.Haha,kejam tak?
Waktu musim kering pulak kat sawah padi,yani dengan kawan-kawan yani suka pergi main layang-layang kat sana,mula-mula tu bajet nak buat layang-layang sendiri,tapi asyik tak jadi jea.Lat-last pergi beli layang-layang kat kedai yang 50sen tu.Ada macam macam corak dia.Batman lah,Superman lah,macam-macam man
ada.Hehe,lepas tu,yani sambung-sambungkan ekor layang-layang tu dengan surat khabar sebab orang kata kalau ekor dia panjang,dia boleh terbang tinggi-tinggi.Punya la panjang ekor dia tapi bila main bukan naik tinggi,jatuh tersembam dekat tanah ada la. -.-
Ada satu hari tu kan,yani keluar pergi sawah padi betul-betul tengah hari.Dah la sorang-sorang.Kononnya angin kuat so boleh main layang-layang.Lat-last kena kejar dengan lembu.Padan muka.Lepas tu terus dah tk berani pergi sawah padi sorang-sorang.
Tu pasal layang-layang,ni pasal lumba basikal pulak.Hehe,waktu petang-petang kan budak-budak mana boleh duduk dalam rumah jea kan?So do I.
so petang tu yani dengan kawan-kawan pun keluar la naik basikal pergi jalan-jalan.Entah macam mana boleh
lumba basikal tu.Masa tengah race tu,yani pecut tersangatlah laju.Punya la bahagia sebab dah nak sampai garisan penamat tengok-tengok baru sedar basikal tu takda brake.Apa lagi,sudah jatuh ditimpa tangga la,Yani pun balik la rumah sambil menangis dengan kaki terkesot-kesot sebab sakit.Kot la ada yg nak bersimpati.Bila dah sampai rumah mama kata padan muka.Kena lagi.Kesian kan?Parut luka sebab jatuh basikal tu sampai sekarang ada lagi.Hehe.
Tapi semua tu cuma setakat sekolah rendah.Bila yani teringat balik tiba-tiba terdetik "eh,aku ke yg buat semua tu?".Hanya mampu tersenyum.
Sekarang dah tak boleh macam dulu la.Tapi yani bersyukur sbb yani ada orang yg yani sayang.So,moral of the story is appreciate every moment that you are in it and never refuse to try something new.(eh,lollipop dah habis la).
Lots of LOVE,
NIA'S.


kadang-kadang yang terpahit itu mampu jadi yang terindah.

No comments:

Post a Comment