Saturday, August 25, 2012

the story

Assalamualaikum and hi.Dah raya ke-8 hari ni kan.Best ja tengok semua orang bahagia.Tapi,semua kan ada kebahagiaan yg tersendiri cuma kita yg tidak sedar bahawa kita sedang bahagia.Hehe.Macam doktor falsafah pulak. :P
You guys,esok sekolah la.Macam baru cuti kan.Kejap ja rasa.Report kimia dengan biologi tak siap lagi ni.Cikgu cakap nak lepas cuti raya.Lepas cuti ni jugak la ada presentation.I don't know whether im ready for that or not.Tapi apa apa pun Alhamdulilah.Dah tiga presentation selesai.Just left one more.After that, 'woooaaaaah!' lega.
Itu pasal sekolah.Jom cakap pasal raya pulak.By the way,I've got a new laptop.Awesome!
Okay,raya korang tahun ni macam mana?Dengar macam gempak bagai.Berjalan sana sini.Yani duduk ja dekat rumah tunggu orang dtg kasi duit raya.Hehe,waktu raya first,orang tengah sibuk beraya,Yani tidur ja.Bangun-makan-tidur-sembang-makan blablabla.Rumah tok tak payah kata apa la.As well,setiap kali raya mesti penuh punya luar dalam rumah.Havoc! :D
Duit raya korang banyak tak?Untungla kalau banyak.Yani dapat sikit ja tahun ni.Apa pun kena bersyukur lah  kan.Sapa tau lepas ni dapat banyak lagi.Tapi sekarang dah tak macam dulu.Dulu-dulu lepas orang habis sembahyang raya ja kitorang terus keluar rumah pergi beraya kat rumah orang.Sudah la tak kenal,tapi duit raya punya pasal,sanggup buat muka tebal.Bukan ada rasa malu pun.Yani pernah pergi satu rumah ni tau.Kononnya nak beraya lah,bagi salam & orang tu panggil masuk.Dalam rumah tu ada dia sorang ja.Dia cakap ''dik,makan la dulu ye,akak nak pergi buatkan air kejap''.Lebih kurang macam tu la ayat dia.Then dia masuk bilik.Sampai kitorang dah habis makan dia tak keluar-keluar pun.Takkan nak pergi menyibuk pulak check kat bilik dia.Kitorang pun heran la.Cakap nak buat air tapi sbb apa masuk bilik.Pelik kan?
Lepas kitorang dah rasa lama sgt,dia tak keluar-keluar jugak.So kitorang pun terus cabut dari rumah tu macam tu ja.Haha,sampai sekarang masih misteri.
So korang,hari tu yani tak sempat nak wish kan dekat sini.Rasanya tak lambat lagi untuk cakap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN untuk semua family yani,kawan-kawan,musuh-musuh(takda musuh okay) & semua yg kenal yani.Tak lupa jugak untuk semua stalker & blogger.Yani nak mintak maaf andai ada buat korang semua kecik hati ka,besar hati ka & so on.Thanks yaa sbb sabar layan orang yg unpredictable macam yani ni.Hehe,Salam lebaran! :D

Lots of LOVE,
NIA'S.<3>

No comments:

Post a Comment