Friday, August 10, 2012

Kisah pakcik laksa



Assalamualaikum stalkers.Hari ni dah masuk sepuluh malam terakhir bulan ramadan.Ada yang ada baju raya tapi tak sempat pakai,ada yang berpuasa untuk terakhir kalinya & ada yang macam-macam lagi lah.Baru kelmarin ada makcik yang selalu jual Aiskrim dekat rumah tok yani dah meninggal dunia.Orang selalu panggil dia mak tok.Tak sangka sebab sebelum ni kalau nak pergi bazar ramadan dia mesti ada kat depan rumah.Tapi bila dah sampai masa,tetap kena pergi jugak kan?
Cuba tengok default picture kat atas,mesti semua terliur ni kan tambah-tambah bulan puasa macam ni.Hehe,sabar,sabar.Sebenarnya yani letak default picture ni pun sebab teringin sangat nak makan Tutti Frutti.Dah lama tak makan benda alah ni.Kenapalah takda jual kat bazar ramadan?hehe.Mengarut mengarut.
Tadi kat sekolah,ada tazkirah ramadan.Ustaz ni sekali tengok garang tak sangga rupa-rupanya lawak orangnya.Dia ada share satu true story ni tau,boleh dia kata ada sorang laki ni dah umur 30 tahun tapi tak kahwin-kahwin lagi.Orang ni tiap-tiap hari makan laksa dekat kedai pakcik ni.Suatu hari tu,pakcik tu tanya orang ni 'mat,kau ni dah umur 30 tahun tapi kenapa tak kahwin-kahwin lagi?'.Si mat ni pun jawab,''sebab makan laksa lagi sedap daripada kahwin''.Muka pakcik laksa tu terus berkerut.Tapi,si Mat tu dipaksa kahwin oleh parent dia & dia pun kahwinlah akhirnya.Lepas tu,dia dah jarang-jarang pergi kedai pakcik laksa tu.Lepas dua minggu si Mat tu tak datang,tiba-tiba dia muncul kat kedai pakcik laksa.Pakcik laksa menyediakan laksa seperti selalu sebab dia tahu yang si Mat hanya ingin makan laksa jika datang ke kedainya.Setelah pakcik tu menghantar laksa ke meja si Mat tu,pakcik tu pun tanya,''Mat,kenapa kau dah jarang-jarang datang kedai pakcik ni?''.Mat pun jawab,''sebab kahwin tu lagi sedap daripada laksa''.Pakcik tu pun menggeleng-geleng kepalanya.Pengajaran dari cerita ni,kita kena solat & dekatkan diri kita dengan Allah SWT supaya kita dapat rasakan nikmat yang sebenar.Hanya yang ikhlas beribadat akan merasakan nikmat ketenangan yang sebenar.
Lots of LOVE,
NIA'S.



We may live in this world for today but no one promise that we will live for tomorrow.So,don't forget to raise up our Iman in every single moment.

No comments:

Post a Comment