Thursday, May 17, 2012

Kisah di sebalik detik waktu

Assalamualaikum bloggers.
Wow,lama tak singgah kat blog ni.Tapi tadi,bila tekan ja enter,semuanya dah jadi super awesome. :3
Semua bloggers yg tinggal comment kat c-box harap maaf andai tak sempat balas kunjungan lagi.
Yani kat KL sekarang,Kandang Lembu.Haha,joke joke.
Sebenarnya,yani ada 1 cerita yg yani nak share dgn korang semua.
Tapi tak kesampaian nak update-kan blog ni sampai dah jadi sarang buaya.
Nak baca tak?Kalau nak,boleh scroll down lagi,tapi kalau tak nak boleh tekan EXIT. (:
Tau kat mana,paling hujung kat ats skali belah kanan.Nampak kan?
haha.k lah k lah.
Pada suatu ketika dahulu(ayt skema),ada seorang gadis ni,tingkatan 2 kat sebuah sekolah menengah yg tak seberapa.Gadis tersebut seorang pengawas.Dia mengenal erti sebuah kehidupan yg sebenar di sekolah itu walaupun hakikatnya orang lain selalu pandang hina akan reputasi sekolah tersebut.Tetapi gadis itu tetap yakin bahawa setiap usaha,doa dan tawakal pasti membuahkan kejayaan walau di mana kita berada. Sewaktu berjalan menuju ke pintu utama sekolah untuk mengawasi pelajar yg datang lewat,gadis itu bersama-sama rakannya terserempak dgn seorang guru perempuan yg tidak asing lagi dalam hidupnya.''Nia,pira,cikgu nak ambil kamu dan semua pelajar kelas 2 Arif untuk majlis anugerah kecemerlangan kat sekolah kita nanti''.Nia merupakan nama samaran gadis tersebut.Pada mulanya,Nia enggan untuk menerima tawaran tersebut kerana mengaggap tiada faedah dan hanya memenatkan.Namun,entah mengapa hatinya terdetik untuk menerima tawaran tersebut.
Pada petang Jumaat yg sayu,kakinya mengatur langkah dengan malas dengan perasaaan yg tawar menuju ke sekolah.
Namun,sewaktu dalam kelas,hatinya berdegup kencang bagai ingin luruh rasanya apabila bertentang mata dengan seorang jejaka yg memasuki ruang kelas tersebut.Pada mulanya,hatinya berkata"eh,peliknya mamat ni''.Namun,jauh dalam benak hatinya pula berkata bahawa umpama terdapat sesuatu di sebalik debaran tersebut.
Jika pada petang tersebut Nia terasa begitu malas,namun hal yg berlainan berlaku pada keesokan harinya.Entah mengapa dia berasa seperti terus bersemangat untuk terus meneruskan hidupnya.Pada pagi Sabtu latihan sambutan diadakan,dia mula memandang jejaka tersebut tanpa disedari.
Si jejaka tersebut juga seorang pengawas.
Pada hari majlis tersebut diadakan,Nia tercari-cari jejaka tersebut namun kelibatnya masih tidak kelihatan.Hatinya mula gundah.Akhirnya si jejaka tersebut muncul tepat pada waktunya,hati Nia mula kembali tenang namun dia masih tidak menyedarinya.
Sebelum majlis berlangsung,nia dan sahabat-sahabatnya berjalan-jalan di kawasan sekolah untuk mengatahui situasi yg sedang berlaku,tiba-tiba kelihatan jejaka tersebut sedang termenung jauh nun di sana.Tanpa segan silu Nia terus mengusik jejaka tersebut.Jejaka tersebut hanya tercengang tanpa berkata apa-apa.
Sewaktu Nia bersendirian di kolam ikan yg terletak di kawasan sekolah,jejaka tersebut menegur Nia secara spontan yg membuatkan Nia tertawa namun masih mengawal rentak tawanya agar kelihatan sopan.Dia sedar bahawa seorang perempuan harus memiliki sikap lemah lembut yg diwarisi sejak azali lagi.
Itulah kali pertama mereka bercakap.
Namun,waktu terus pantas berlalu.Setelah sekian lama mereka berdiam rupa-rupanya Nia telah menyimpan perasaan yg sukar untuk diungkapkan terhadap jejaka tersebut.Perasaan itu hadir perlahan-lahan tanpa dia sedari.
...
Setelah berbulan-bulan berdiam diri dan tidak bersua muka,kisah antara mereka kembali terukir sewaktu hari sukan yg diadakan di sekolah.Nia merupakan seorang atlet rumah sukan pada waktu itu dan mengambil bahagian dalam acara balapan.Sebelum memulakan acara,Nia menantikan kelibat seseorang yg telah lama dinanti-nantikan.Namun jauh di sudut hatinya,Nia berkata"tak mungkin dia akan pandang orang macam aku yg tak seberapa ni''.Dia takut untuk menaruh harapan yg tinggi kerana risau jika hatinya akan kecewa lagi.Dia hanya mengabaikan perasaan tersebut.Setelah itu,kelibat insan yg dinanti-nantikan muncul sebelum dia memulakan acara.Hati yg sayu kembali berbunga-bunga setelah melihat senyumannya.Rasa gelisah yg menyelinap di hati kembali surut dan tenang.Adakah itu petanda bahawa Nia perlukan jejaka tersebut dalam hidupnya?
...
Pada suatu malam yg sayu,Nia bersendirian setelah penat berentap dalam acara balapan pada petang tadi.
Tiba-tiba,jejaka tersebut menyapa ruang hatinya.
Mereka berborak-borak di laman sesawang,telatah jejaka tersebut membuatkan Nia tidak jemu untuk berborak dengannya.
Jejaka tersebut juga seorang yg memliki sikap yg berlainan dengan jejaka yg lain.Hal itu telah menunjukkan bahawa dia seorang yang unik bagi Nia.
Mereka terus berkawan dan berkawan hinggalah tiba suatu saat yg mengubah segalanya.Secara tidak sengaja si jejaka tersebut berkata bahawa dia menyimpan perasaan terhadap Nia namun dia malu untuk memberitahu akan hal tersebut.Pada waktu itu Nia seolah-olah tidak menyangka bahawa dia juga memiliki perasaan yg sama.

....

Kini,dua tahun berlalu.Nia telah berpindah sekolah untuk melanjutkan pelajarannya dalam mencapai impian yg selama ini dia idamkan.Si jejaka pula telah tamat  menghadapi alam sekolah menengah dengan jayanya.Namun,mereka tetap bersatu dan bersama-sama dalam mencapai cita-cita,mimpi dan harapan.Meskipun pelbagai halangan dan rintangan yg mendatang,mereka tetap tabah menempuhi semua itu kerana setiap impian yg dicapai melalui keperitan dan kesabaran pasti hasilnya manis dan tidak ternilai.Mereka juga yakin bahawa Allah tidak pernah menghampakan hambaNya.

                                       Created by ; Nur Iryani Amirah(me).Based on true story.

''kita bersama mengejar mimpi,terpisah sementara ku pasti''

Semoga ikatan cinta antara kita membuatkan kita lebih tabah untuk menghadapi setiap rintangan yg mendatang dan semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.Amin~


No comments:

Post a Comment