Friday, January 27, 2012

Malas

Assalamualaikum kalian-kalian.Maaf jika saya kurang berfikir secara rasional pada malam ini.Sebenarnya saya agak malas.Malas untuk melakukan segala tugasan yang diamanahkan terhadap saya dan rakan sekelas.Oleh yang demikian saya,saya berharap agar anda dan generasi yang akan datang tidak akan mengikut jejak langkah saya pada malam ini.Diulangi,pada malam ini.

Selain itu,juga terdapat beberapa kerja rumah yang harus saya siapkan seperti Kimia,Matematik Tambahan,Bahasa Melayu dan nota Pendidikan Islam.Namun begitu,saya tidak begitu pasti bila saya boleh menyiapkan tugasan ini walaupun pada hakikat yang sebenar saya ingin melaksanakan tugasan tersebut pada mulanya.Ironinya,keadaan saya sekarang hanyalah seperti hangat-hangat tahi ayam.

Dalam pada itu,saya merancang untuk menyiapkan tugasan ini sepenuhnya pada esok hari berikutan dengan pembelajaran secara berkumpulan yang akan diadakan di sekolah.
Namun,saya juga tidak begitu yakin sama ada saya akan menyiapkan tugasan tersebut dengan jayanya ataupun sebaliknya.

Sudah terang lagi bersuluh,saya berharap agar setiap insan yang lahir di muka bumi ini akan memiliki sifat kerajinan yang sentiasa bersemadi dalam diri kerana kerajinan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan.Tanpa kerajinan,kita tidak mungkin dapat menggapai satu cita-cita,impian,mimpi dan harapan.Bak kata pepatah,berakit-rakit dahulu,berenang-renang ketepian,bersakit-sakit dahulu,bersenang-lenang kemudian.


p/s ; skema tak ayat?Takpa,seskema-skema pun tetap berguna.Haha.Maaf atas penggunaan bahasa yang salah atau yang telah megguriskan hati mana-mana pihak.


No comments:

Post a Comment